Wednesday, March 30, 2011

ANDAINYA SAYA SI ISTERI.........ANDAINYA AWAK SI SUAMI,,,

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia NORA. Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama IS.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia IRA. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan IRA. Time aku bgtau IRA aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki NORA. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur… Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. NORA sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh NORA benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, IRA tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin IRA yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. NORA plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau IRA, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. IRA terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku RAYYAN, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
NORA sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran RAYYAN terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan NORA mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. NORA mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, NORA mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, NORA dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la NORA jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi NORA x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung NORA dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan NORA selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang NORA..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
20 JAN 2011,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan NORA menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat NORA ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu NORA berjenaka,
Mungkin NORA kan menangis dibahu abang,
Kerana NORA tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana NORA tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini NORA tetap dihati abang,
NORA sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*NORA selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan NORA awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, NORA beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat NORA?
Mulai saat tu aku jaga NORA sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak NORA yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya NORA dalam hidup aku.
Dalam keadaan NORA yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun NORA dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan RAYYAN, dengan helaian2 tulisan terakhir NORA.
.

Friday, March 25, 2011

LELAKI OH LELAKI..ALAHAIIII

ROMANTIS
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti
 A. “Ya, rasa-rasanyalah” 
B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?”
 C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” 
D. “Penting sangatkah?” dan
 E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
sIApAKaH LeLAki Ini??????



Wednesday, March 23, 2011

ReNUnGaN KaTA PEnGiSiaN JiWa..HaYaTiLaH





  •  Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
  • Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
  • Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……




when i'm was crying....:'( 
Emosional......

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Sunday, March 20, 2011

KaMi BErEHi ReD WaRRioR

19 Mac 2011
kAmi P StaDium..tEngok bOla KELANTAN vs FELDA..GoMO kLATe GoMO!!!!!:-)
peace!!!! poss time beratur ni.
kAmi P aWal lg..So, SmPAt La MAkan2 Dlu..YAng paLing BESt, ChENTa KU bli kn bJU REd WArrIOr...wohoOOO..THAnxs A Lot A CHENTA KU..mUUaaCH :-*.KAmi DngN semaNGAt TRus Jew TukAR BJU..SEMaNGAT tUSSS..hehehehe .KAMi BerAtur Bkn MaEn pNjANg agi Tau DEmi R.W..huhuhuhu..WAlaupun AGak LAMa BeraTUr, TPi Puas ATi La Sbab DapAT msuK aWAl n daPaT la CRi TMPAt DuDuk Yg STraTEGik cIKIT...whooPP!! KamI pILih tMPAt YG STratEGIk, BRu La DAPt TeNGoK ngN JELas PEmAIN R.W..LAgi LA SEmangaT BEBeNOr Nyer..haHAHA. MeMAnDAnGkAn KAMi MSUk awl, BOLa Pun SEjam lEBih Agi NK sTARt..SO, kAMi PUn BErgAmBOR La Dlu..hehehehe..SNAp2 SAna siNI..TP PIc KAmi XLawA la, SBAb XreADy KAn..huhuhu. LuPAKn BERgaMBOR, KIte TGU bOLA NK Start PLAk..LmBT AGi..TIK Tok TIK TOK...TIbE2..HUjan YAng TUrun BgAikaN MUTiaRA..CEEwaaHHH LAGu CIAP tu..hahaha..HUjan la, SO KAmi pun KEHujANAn LA di SiTU..KAmi KeBAsaHan Yg AgaK xKUyUP La..hahaha..daN KAmi pon KEdinGINAn..(blik comfirm DOmam La DEn). 
8.45 pm...
YAhOOOO..BOla dah STart da...bABAk prTAma Agak Mndebar KAn, pEnONton MuLA MENunjuk kan Aksi yg KURENG Sopan@ BIADap..AkSi mMBalinG SUdah BerMula.!!!! eiiiYAAkkk!!! illEXs LA Bro!!
BAbaK SetERuSNYa......HAHaha..XInGAT sUDAh..
BAbaK Akhir..SuDah seMesTINya GOAL!!!!!GOAL!!!GOAL!!!!! KELANTAN 3, FELDA 0....
PuAh ati MOLek Sep2 KITo Kali NIh!!!! keMAH KEMINg MOLep GOal!!!!

========================T. H.E  E.N.D============================


MORAL OF THE STORY:-
waLauPOM BasOH mENJErop tey KO hujE , RED WARRIOR tETaP Di HATi..aHhaaKKKs3x.
CHENtAKU KINI KEmAH KEMING...
 SNAp2 ChiNTAn BOLa
MR. NAmIO & MIss. DOLCE

diam2 berpandangan..hik3


poss manja2 gitu...wekkk..

senyum okmo2..HAPPY!!

kami kubey koksey..whoopy

kami meme sumax...kua3

Red Warrior GUrL..auww

Saturday, March 19, 2011

AKU DISINI UNTUK MU 'ChEnTa Ku'

walau aku tak bisa bernyanyi merdu
walau angin kabarku jarang menghampiri
Di sini aku seperti gunung..
selalu menyimpan setiap senyuman manismu
selalu rindu tatapan matamu dan takan berpindah
walaupun agin berlalu dan kabut menyelimuti
masih ada jejak langkahmu disini yang selalu menyemangati
hari – hari ku aku masih disini untukmu..